Get Adobe Flash player

Individu Dlm. Talian

We have 51 guests and no members online

August 2017
MTWTFSS
123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031

Statistik Pengunjung

.
603429
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lalu
Bulan Ini
Bulan Lalu
Setiap Hari
534
374
1080
600405
6702
7698
603429

IP Anda : 54.80.228.137
Masa Server : 2017-08-22 20:59:33

Komuniti Setempat

 Subang Jaya Community Youth Football League - A league for kids where no one is paid and everyone plays!

Guru Bertugas

Sidang Pagi :

 

Sidang Petang :

UBK SMK USJ 4

Unit Bimbingan & Kaunseling SMK USJ 4

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK USJ 4, Subang Jaya

Frog VLE

frog VLE https://bea8632.1bestarinet.net

Web Banner

  • Gong Xi Fa Chai @ Selamat Tahun Baru Cina
Previous Next

Wawasan 2020

Wawasan 2020 (Vision 2020)Menjelang tahun 2020, negara Jalur Gemilang akan menjadi sebuah negara bersatu, dengan masyarakat yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental. Tidak akan wujud negara Malaysia yang maju sepenuhnya sehingga kita akhirnya dapat mengatasi 9 cabaran strategik yang kita hadapi sejak kelahiran kita sebagai sebuah negara merdeka. Sembilan (9) cabaran tersebut adalah ;

 

1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

 

2. Mewujudkan sebuah mesyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

 

3. Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.

 

4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermodal dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukungi oleh nilai etika paling tinggi.

 

5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pasa masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

 

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

 

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

 

8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

 

9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

____________________

Sumber : Terjemahan teks ucapan YAB Datuk Seri (kini bergelar Tun) Dr. Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri Malaysia) pada 28 Februari 1991 sempena persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur. 1994. Wawasan 2020. Kuala Lumpur : Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Penafian

Pihak editor tidak bertanggungjawab bagi apa jua kehilangan, kerugian, kegagalan atau musibah yang disebabkan oleh akses atau penggunaan mana-mana informasi yang diperolehi menerusi laman web ini, sama ada secara langsung maupun tidak langsung.